
Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan
FUNGSI
- Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan Operasi Majlis.
- Mengurus dan membangunkan Sumber Manusia dalam hal-hal yang berkaitan perkhidmatan, keperluan perjawatan, latihan berkaitan Perkhidmatan, perolehan dan keselamatan di Majlis Perbandaran Kulim.
------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
- Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia di peringkat Majlis.
- Merancang, Mengurus dan Memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Majlis;
- Merancang, menggubal, menyelaras, pengurus, melaksana serta membangunkan kompetensi sumber manusia melalui perancangan Latihan serta mengemaskini pangkalan data latihan.
- Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;
- Menguruskan hal-hal perkhidmatan, cuti, persaraan, kebajikan,perubatan, pinjaman, perkhidmatan kaunseling dan kemudahan warga Kerja Majlis
- Mengendalikan urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, dan pertukaran
- Menjadi Urus Setia bagi Panel Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Tatatertib, MBJ, dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;
- Menyelaras maklumat data sumber manusia Majlis dan tadbir urus Majlis
------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT
- Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Majlis;
- Membangun, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi/sistem maklumat organisasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui
- Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT;
- Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT; dan
- Memantau, mengurus dan menilai kemudahan ICT pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.
------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI
- Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi/ fungsi serta pemantapan perjawatan di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan di peringkat Majlis
- Melaksanakan kajian pemantapan skim perkhidmatan, serta norma perjawatan Majlis
- Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik MPKK
- Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan pengurusan kualiti seperti Pensijilan MS ISO, EKSA, MyPortfolio, MPK, pengurusan Inovasi, Penarafan Bintang, pensijilan-pensijilan kualiti yang lain, penyertaan anugerah-anugerah diperingkat Negeri dan Kebangsaan juga memantau piagam pelanggan Jabatan
- Menyediakan Program /Aktiviti bagi Pembangunan imej korporat dan rebranding MPKK
------------------------------------------------------------------------------------------
BAHAGIAN PENTADBIRAN
- Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis.
- Menguruskan bilik-bilik mesyuarat Majlis (tempahan, penyediaan, kemudahan dan keceriaan bilik).
- Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat menyurat luar, cek, notis Majlis melalui pos, courier dan serahan tangan.
- Menguruskan kuarters Majlis (pegawai, kakitangan dan pekerja).
- Mengurus hal ehwal pejabat - menetapkan dan memastikan pegawai hadir mesyuarat peringkat Negeri atau Persekutuan.
- Menguruskan Pembersihan dan penyelenggaraan Ibu Pejabat.
- Menguruskan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
- Menguruskan percetakan dan franking surat-surat Majlis.
- Menguruskan dan menyelaras pergerakan Pemandu dan Kenderaan Rasmi Jabatan
- Menguruskan Hal Ehwal Ahli Majlis