MENU
EN HALIMIN BIN LAHAMING
Pengarah, Jabatan Khidmat Pengurusan

 

Jabatan Khidmat Pengurusan merupakan nadi kepada Majlis Perbandaran Kulim yang memberi sokongan kepada jabatan-jabatan lain. 
 
Terdapat 4  bahagian utama di Jabatan Khidmat Pengurusan iaitu:
 
 

FUNGSI

- Menguruskan hal ehwal pentadbiran dan Operasi Majlis.

- Mengurus dan membangunkan Sumber Manusia dalam hal-hal yang berkaitan perkhidmatan, keperluan perjawatan, latihan berkaitan Perkhidmatan, perolehan dan keselamatan di Majlis Perbandaran Kulim.

------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

  1. Melaksanakan kajian dan penetapan dasar sumber manusia di peringkat Majlis.
  2. Merancang, Mengurus dan Memantau  pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik Sumber Manusia Majlis;
  3. Merancang, menggubal, menyelaras, pengurus, melaksana serta membangunkan kompetensi sumber manusia melalui perancangan Latihan serta mengemaskini pangkalan data latihan.
  4. Menguruskan perlaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) serta pengurusan rekod perkhidmatan;
  5. Menguruskan hal-hal perkhidmatan, cuti, persaraan, kebajikan,perubatan, pinjaman, perkhidmatan kaunseling dan kemudahan warga Kerja Majlis
  6. Mengendalikan urusan pelantikan, pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, dan pertukaran
  7. Menjadi Urus Setia bagi  Panel Pembangunan Sumber Manusia, Lembaga Tatatertib, MBJ, dan Urus Setia Anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Peringkat Persekutuan dan Negeri;
  8. Menyelaras maklumat data sumber manusia Majlis dan tadbir urus Majlis

------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

  1. Merancang strategi ICT dan mengurus sumber-sumber selaras dengan bisnes dan keutamaan strategi Majlis;
  2. Membangun, melaksana dan menyenggara sistem aplikasi/sistem maklumat organisasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja seperti yang dipersetujui
  3. Memantau, mengurus dan menilai program atau projek- projek ICT;
  4. Mengurus dan menyelaras infrastruktur, perkhidmatan dan keselamatan ICT; dan
  5. Memantau, mengurus dan menilai kemudahan ICT pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan.

------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN PEMBANGUNAN ORGANISASI

  1. Mengkaji pewujudan organisasi baru, permohonan penstrukturan semula organisasi/ fungsi serta pemantapan perjawatan di samping mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM) dan menjalankan naziran perjawatan dan perkhidmatan di peringkat Majlis
  2. Melaksanakan kajian pemantapan skim perkhidmatan, serta norma perjawatan Majlis
  3. Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan Pelan Perancangan Strategik MPKK
  4. Merancang, mengurus, dan memantau pelaksanaan pengurusan kualiti seperti Pensijilan MS ISO, EKSA, MyPortfolio, MPK, pengurusan Inovasi, Penarafan Bintang, pensijilan-pensijilan kualiti yang lain, penyertaan anugerah-anugerah diperingkat Negeri dan Kebangsaan juga memantau piagam pelanggan Jabatan
  5. Menyediakan Program /Aktiviti bagi Pembangunan imej korporat dan rebranding MPKK

------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN PENTADBIRAN

  1. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan Mesyuarat Penuh Majlis.
  2. Menguruskan bilik-bilik mesyuarat Majlis (tempahan, penyediaan, kemudahan dan keceriaan bilik).
  3. Menguruskan penerimaan dan penghantaran surat menyurat luar, cek, notis Majlis melalui pos, courier dan serahan tangan.
  4. Menguruskan kuarters Majlis (pegawai, kakitangan dan pekerja).
  5. Mengurus hal ehwal pejabat - menetapkan dan memastikan pegawai hadir mesyuarat peringkat Negeri atau Persekutuan.
  6. Menguruskan Pembersihan dan penyelenggaraan Ibu Pejabat.
  7. Menguruskan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan
  8. Menguruskan percetakan dan franking surat-surat Majlis.
  9. Menguruskan dan menyelaras pergerakan Pemandu dan Kenderaan Rasmi Jabatan
  10. Menguruskan Hal Ehwal Ahli Majlis
Kemaskini Terakhir: Rabu, 23 September 2020 - 4:21pm