LATAR BELAKANG ORGANISASI
Majlis Perbandaran Kulim bermula penubuhannya pada 1 Februari 1978 selepas penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Majlis Daerah Kulim ditubuhkan melalui pencantuman beberapa MajlisTempatan dalam daerah Kulim merangkumi :-
- Majlis Bandaran Kulim
- Lembaga Bandaran Kulim
- Majlis Tempatan Lunas
- Majlis Tempatan Padang Serai
- Majlis Tempatan Junjung
- Majlis Tempatan Mahang
- Majlis Tempatan Merbau Pulas
Seksyen 3(d) dan 4(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) membolehkan Majlis Daerah Kulim dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Kulim. Memorandum telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan telah bersetuju untuk Majlis Daerah Kulim memperkemaskan struktur organisasi untuk dikemukakan kepada Kementerian Kerajaan Tempatan. Susulan itu, pada tanggal 30hb Ogos 2001 Majlis Daerah Kulim telah diisytiharkan dan dinaik taraf ke Majlis Perbandaran Kulim (MPKK).
Daerah Kulim mempunyai keluasan 76,575.89 hektar meliputi 15 mukim utama dan mempunyai 2 PBT yang masing-masing dengan keluasan berikut :-
- Majlis Perbandaran Kulim - 74,599.84 hektar
- PBT TPHTK - 1,976.05 hektar
Allamanda cathartica
(Bunga Rasmi)