MENU

KULIM -18 Oktober 2020 (Ahad)  Kempen yang diadakan di Kulim Central ini bertujuan untuk mengajak masyarakat setempat bersama-sama menyertai kempen ini kerana minyak masak merupakan bahan keperluan harian yang sememangnya digunakan oleh setiap isi rumah. 

Namun, minyak masak yang telah digunakan ini jika tidak diuruskan (dibuang) dengan berhemah dan betul, boleh menimbulkan masalah kebersihan dan mencemarkan alam sekitar terutamanya jika aliran buangannya dilepaskan ke dalam longkang atau sungai. 

Dr Haji Nadzman Mustaffa, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim  yang turut hadir melawat sekitar pelaksanaan program ini turut mengharapkan penduduk-penduduk Kulim untuk menyertai bersama kempen ini ke arah menjadikan bandar kulim sebuah bandar pintar, makmur dan damai untuk didiami. 

Beliau juga turut menyatakan penghargaan kepada pihak KPKT yang memberi sokongan bagi pelaksanaan kempen kitar semula seperti ini. 

Melalui kempen ini, orang ramai dapat menyedari bahawa bahan ini juga boleh dikitar semula dan berpeluang untuk menjana pendapatan di samping ianya dapat membantu memelihara kebersihan persekitaran. 

Orang ramai berpeluang untuk menukar barangan keperluan makanan dengan membawa minyak masak terpakai yang terkumpul dan layak membuat pendaftaran kad Recycle For Life (RFL) yang dikeluarkan oleh pihak Syarikat E-Idaman Sdn Bhd. 

Kad ini dapat digunakan untuk menjana pendapatan di masa-masa hadapan bukan sahaja terhad kepada minyak masak terpakai, malahan bahan-bahan lain yang boleh dikitar semula. Kumpulkan mata ganjaran dan berbelanjalah! 

Maklumat lanjut sila layari Fb E-Idaman Sdn.Bhd atau, Laman sesawang www.e-idaman.com untuk mengetahui maklumat seterusnya berkenaan kelebihan kad RFL ini. 

Tahniah dan terima kasih kepada mereka yang telah berjaya mendaftar kad RFL pada hari ini. Anda sebahagian yang telah menyokong kempen ini !

Kemaskini Terakhir: Ahad, 25 Oktober 2020 - 3:27pm