DEWAN
Sewaan Dewan
Syarat-syarat Sewaan Dewan
- Bayaran cagaran dewan hendaklah dibayar sewaktu tempahan dibuat.
- Bayaran sewaan dewan perlu dibayar 2 minggu sebelum tarikh penggunaan dewan.
- Memastikan keselamatan harta benda/peralatan serta kelengkapan yang terdapat di dalam dewan dan kawasan sekitarnya.
- Memastikan kebersihan dewan dan kawasan sekitarnya pada setiap masa terutama selepas penggunaan dewan.
- Memastikan tiada sebarang gangguan kepada masyarakat setempat.
- Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang minuman keras/makanan yang tidak halal ke dalam dewan dan kawasan sekitarnya.
- Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan semasa & selepas acara dijalankan terhadap sebarang tingkah laku awam/pengguna.
- Pihak majlis berhak membuat pembatalan @ perubahan tarikh terhadap sebarang permohonan/penyewaan terutamanya untuk aktiviti-aktiviti yang lebih diberi keutamaan dan pihak majlis tidak terikat untuk mengganti mana-mana dewan lain sebagai ganti.
- Sebarang perkongsian majlis tidak dibenarkan bagi satu permohonan.
- Tempoh penggunaan dewan adalah dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam dan kerja-kerja pembersihan serta penyimpanan peralatan dewan harus dilakukan sebelum jam 12 tengah malam.
- Pihak majlis berhak mengambil sebarang tindakan terhadap penyewa sama ada memotong wang cagaran @ lain-lain tindakan, sekiranya terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi.
- Selepas tarikh penggunaan dewan dan kebersihan sempurna, pemohon perlu datang ke unit gerai untuk menuntut kembali cagaran dengan mengemukakan resit asal cagaran dan salinan kad pengenalan pemohon.
DEWAN |
KADAR SEWAAN / HARI (8 PG – 7 MLM) / (1 PTG – 12 MLM) |
KADAR SEWAAN / JAM |
BANDARAN PUTRA MAHSURI |
Majlis Sosial – RM 1,200.00 Komersial – RM 1,500.00 * Pendahuluan Dewan RM 500.00 Court Badminton 2 JAMx 1 COURT – RM10.00 |
Sewaan mengikut jam seperti raptai majlis. Caj akan dikenakan bagi penggunaan melebihi masa yang telah ditetapkan. 1 JAM – RM50.00 |
**Kadar ini berkuatkuasa 1hb Febuari 2015 |
* Nota : Kadar di atas adalah untuk sewaan satu hari sahaja
Peralatan Yang Disediakan