button
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile.
qrcode
Hubungi Kami : Soalan Lazim : Pautan : Bantuan : Peta Laman : Maklumbalas
 
Jurnal kandungan
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012 10:18 AM
Jurnal kandungan

E-Aduan Majlis Perbandaran Kulim(MPKK)

Sesebuah organisasi yang berurusan atau memberikan perkhidmatan secara terus dengan pihak awam sentiasa menerima pelbagai maklumbalas samaada dalam bentuk teguran, aduan, pujian, dan cadangan menerusi media cetak, elektronik dan sebagainya daripada pelanggan khasnya dengan orang ramai amnya.
 

 Oleh yang demikian, pengumpulan dan pengurusan segala bentuk maklumblas ini secara sistematik dan automatic di era serba berteknologi canggih adalah amat penting bagi mencerminkan imej ‘mesra pengguna/pelanggan’.  Kebolehan pegawai dan kakitangan organisasi menguruskan segala bentuk maklumbalas ini secara berkesan seterusnya membuktikan bahawa organisasi tersebut amat bersungguh-sungguh, peka, prihatin dan sentiasa berminat untuk memperbaiki kesilapan dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan sewajarnya.
 

Maka dengan tujuan tersebut pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)  telah menyediakan satu Sistem Khidmat Pelanggan yang boleh membantu memusatkan maklumbalas pelanggan. Sistem Khidmat Pelanggan ini dikenali sebagai E-Aduan. Ia merupakan satu alternatif kepada pelanggan untuk mengemukan sebarang ketidakpuasan perkhidmatan Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)  kepada penduduk Kulim amnya. E-Aduan berupaya menerima, melaksana, dan menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh pelanggan
 

 Dengan pengguaan sistem ini juga pihak Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)  dapat  menyalurkan perkhidmatan yang lebih responsif, moden dan berkualiti kepada semua lapisan rakyat selain memantapkan lagi konsep Mesra Rakyat dan Mesra Pelanggan.

 

 ::KLIK KE SISTEM e-ADUAN:: 

  • Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
  • Portal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
  • Portal Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  • Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia
  • Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Kedah
  • MSC Malaysia
  • MY ID
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Talent Corp Malaysia
  • KSN
  • myhealth

 

Sila Pilih Warna Anda : Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Capaian Pengguna Kurang Upaya | Sila Pilih Teks Anda : Font Minus Font Reset Font Plus | Latar Belakang Pilihan Anda : Blue Scheme Red Scheme Green Scheme Default Scheme