Soalan-Soalan Lazim
1. Apakah yang dimaksudkan dengan cukai taksiran?
Cukai taksiran atau cukai pintu adalah satu cukai yang perlu dibayar oleh semua pemilik harta yang tidak dikecualikan dalam kawasan yang telah diwartakan dalam sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan dan cukai ini dijelaskan dalam dua ansuran pada setiap tahun.
2. Dimanakah cukai taksiran boleh dibayar dan berapa lamakah tempoh yang diberikan untuk membayarcukai taksiran?
Bil perlulah diambil di kaunter cukai taksiran. Bayaran perlulah dibuat di kaunter bayaran. Tempoh bayaran sehingga 15 selepas notis E diserahkan. Selepas 15 hari, waran F dikeluarkan. Tempoh sah waran sehingga 7 hari. Sekiranya tiada pembayaran selepas 7 hari dari tarikh waran, harta milikan akan disita.
3.Apakah proses-proses yang perlu dilalui untuk memohon lesen perniagaan?
- Perniagaan mesti didaftarkan dahulu.
- Pemohon perlu memohon borang komposit di kaunter MPKK dengan harga RM 5
- Borang komposit dan dokumen-dokumen yang dikehendaki perlu diserahkan bersama.
- Ianya akan diproses selama 3 bulan dari tarikh permohonan.
Dokumen yang perlu diserahkan ialah:
- Sesalinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Sesalinan Daftar Perniagaan (A&D)
- Pelan Lokasi
- Pelan Lantai
- 3 Keping Gambar Ukuran Pasport
- Surat Kelulusan Bangunan (Jika Berkaitan)
- Sesalinan Resit Bayaran Cukai Pintu Terkini
- Pelan Lakaran Iklan Beserta Ukuran Dan Gambar
- Surat Perjanjian Sewa Kedai/OC
- Sesalinan Sijil Kursus Asas Pengendalian Makanan
- Arkitek/pelukis pelan/jurutera yang dilantik oleh pemilik premis hendaklah mengawasi kerja pembinaan dari awal sehingga siap bagi memastikan ikatan bangunan dibina mengikut pelan yang telah diluluskan.
- Pemohon bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala kerosakan dan pembaikan semula kemudahan awam akibat daripada kerja-kerja pembinaan tersebut.