Pilih Saiz Tulisan: Pilih Warna Tulisan:
Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 

/image/image_gallery?uuid=e117ad1b-9864-4af7-9aab-2df9304bb383&groupId=10131&t=1228118159912



Tempat-tempat menarik Daerah Kulim


Taman Kulim Hitech:-

Terletak 8 kilometer dari Bandar Kulim. Merupakan Taman Hitech bersepadu yang pertama di Malaysia. Aktiviti utama di taman ini adalah berjoging, berbasikal sambil menikmati keindahan landskap yang mempersonakan.Terdapat juga kemudahan-kemudahan seperti laluan pejalan kaki,pondok rehat, bangku dan taman permainan kanak-kanak.



Rekreaksi Air Terjun Junjung:-



Berada di kawasan Junjung dan jaraknya dari Bandar kulim adalah 14 kilometer. Semenjak tahun 1980an lagi destinasi ini telah menjadi tarikan pelancong dengan produk utamanya adalah air terjun dan persekitaran ekosistem hutan, kebun getah serta dusun buah-buahan. Pada musim buah-buahan khususnya musim durian,pengunjung boleh membeli buah berkenaan secara lansung dari pekebun. Program/ aktiviti utama yang boleh di lakukan di sini adalah berkelah,mandi- manda,berenang dan perkhemahan.




Rekreaksi Sungai Sedim:-

Sungai sedim yang berarus deras dan berjeram serta mempunyai ekosistem hutan adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah lasak.Program aktiviti utama yang boleh di lakukan adalah berkayak atau berakit di arus deras(White Water Rafting) di sepanjang 15 kilometer. Destinasi ini merupakan antara 5 destinasi terbaik di Malaysia bagi kegiatan berkenaan.Berkelah,mandi-manda,berenang dan perkhemahan di kawasan yang di khaskan turut menjadi keutamaan di destinasi ini di samping penganjuran kursus atau bengkel  kecemerlangan diri dan berkumpulan.Destinasi ini di kenali sebagai Tapak Perkhemahan di Raja Kedah. Kedudukan destinasi ini terletak di sempadan antara Daerah Kulim dan Baling.


Gunung Bungsu:-

Terletak di dalam kawasan Hutan simpan Gunung Bungsu. Ketinggian Gunung Bungsu adalah 658 meter dengan puncaknya berada di Mukim Terap. Permandangan begitu menarik dari puncaknya dengan flora  dan fauna serta menikmati panorama indah di sekitarnya.Di sini terdapat kesan-kesan sejarah seperti kubu komunis. Bagi pengunjung yang ingin mencuba aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan menunggang basikal dan motosikal, maka Gunung Pongsu akan memberi satu bentuk latihan dan cabaran yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Aliran sungai yang berliku- likudan berjeram mampu menarik minat pengunjung datang ke sini.


Pahau:-





Terletak di kawasan hutan simpan Gunung Bungsu. Ia merupakan sebuah kawasan hutan pelajaran dengan produk utamanya adalah pelbagai spesis tumbuhan hutan yang di tanam semula dan persekitaran kosistem hutan. Program/aktiviti utama di destinasi ini adalah lawatan sambil belajar ke pusat penyelidikan dan penanaman semula hutan, merentas denai hutan serta perkhemahan Pahau terletak 23 kilometer dari Bandar Kulim.






Rekreaksi Ulu Paip:-

Sungai yang berjeram dan persekitaran ekosistem hutan.Terletak dalam Hutan simpan Gunung Bungsu. Program/ aktiviti utama yang boleh di lakukan adalah berkelah, mandi-manda, berenang dan perkhemahan. Dalam perjalanan ke destinasi ini,pengunjung juga dapat melihat kawasan dusun buah-buahan dan kawasan bekas lombong yang berbentuk tasik ke kiri kanan jalan. Jarak dari bandar kulim adalah 20 kilometer.


Tree Top Walk:-

Tree Top Walk adalah tarikan baru yang menanti pengunjung. Jabatan besi yang di kenali sebagai Tree Top Walk Sungai Sedim telah di bina tinggi sehingga mencecah kemuncak pokok kayu yang merentas Sungai Sedim.Dari jambatan dapat dinikmati pandangan yang mempersonakan.


Puncak Gunung Bintang:-



Jeram-Jeram dan air terjun turut menghiasi perjalanan semasa mendaki gunung ini. Program utama yang boleh di lakukan adalah merentas denai hutan sambil menyaksikan fauna dan flora, menjelajah gua serta mendaki gunung untuk menikmati panorama indah dari puncak gunung. Ketinggian mencecah 1,862 meter merupakan gunung tertinggidi banjarannya. Dari segi geografi nya puncak Gunung Bintang merupakan batu sempadan t bagi daerah di dua negeri.

Ini bermakna sekira pengunjung berjaya sampai ke kemuncaknya, maka mereka telah berada di Daerah Baling dan Daerah Kulim di negeri kedah  dan Daerah Ulu Perak dan Daerah Selama di negeri perakk pada suatu masa yang sama.

Pages: 1  2  





PERKHIDMATAN KAMI

 

       [ Senarai Perkhidmatan ]

       [ e-Perkhidmatan ]

KALENDAR
06 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa
PAUTAN STAFF

  

           [ Pautan ke Webmel ]

           [ Maklumat Pekerja ]



MY ID