Pilihan penginapan anda dan keluarga
Kulim Inn adalah satu-satunya penginapan yang terawal dibina di bandar Kulim dan menawarkan pelbagai kemudahan pada harga yang berpatutan yang pasti yang menarik hati anda. Namakan kunjungan anda ke sini samada ianya percutian keluarga mahupun perniagaan, Kulim Inn adalah pilihan tetap penginapan anda dan keluarga.
Mulakan perjalanan anda untuk bermesyuarat atau lain-lain tujuan dari Kulim Inn. Bayangkan pengalaman anda untuk mengalami cabaran arus deras Sungai Sedim dan keasyikan berada di ketinggian laluan kanopi terpanjang di Asia 'Tree Top Walk'. Anda juga berpeluang melawat destinasi-destinasi menarik lain yang terdapat di Kulim seperti Rekreasi Air Terjun Junjung dan mengunjungi Pekan Karangan untuk menikmati buah-buahan tempatan di sini. Kedatangan anda ke Bandar Kulim amatlah dialu-alukan dan akan disambut dengan penuh mesra ole kakitangan kami.
Lokasi
- Terletak di Pekan Kulim
- 5 minit dari Stesyen Bas / Teksi.
- 10 minit dari Taman Berteknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech)
- 15 minit dari tol Butterworth Kulim Express (BKE)
- 45 minit dari Pulau Pinang dengan melalui jambatan.
- 1 jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
- Terdapat restoran yang berhampiran dengan Kulim Inn.

Kemudahan
- Bilik Bankuet
- Perkhidmatan sambungan internet WiFi percuma
- Laundry
Dewan Seminar
Dewan seminar yang pelbagai guna juga sedia untuk ditempah oleh pengunjung atau persatuan-persatuan/kelab-kelab. Dewan seminar ini boleh digunakan untuk ceramah, jualan terus, seminar dan lain-lain lagi. Antara keistimewaan dewan seminar ini adalah ianya akan disusunatur mengikut jenis majlis yang akan dijalankan. Selain itu, dewan ini juga boleh memuatkan 100 orang pada setiap sesi.
| Kadar Sewaan Dewan Seminar |
| a) | Dewan Alamanda | RM 250.00 (1 sesi) |
| | Banquet | RM 50.00 |
| Seminar | RM 30.00 |
| b) | Dewan Orkid | RM 80.00 (1 sesi) |
| Dewan Seminar Ini mempunyai tiga sesi iaitu :- |
| Sesi Pagi | 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari |
| Sesi Petang | 2.00 petang hingga 6.00 petang |
| Sesi Malam | 7.00 malam hingga 11 malam / 8.00 malam hingga 12.00 malam |
Antara kemudahan lain yang disediakan adalah:
- Kerusi Bermeja
- Projector (OHP)
- Meja Pendaftaran
- Banyak lagi kemudahan disediakan
Bilik
Terdapat 23 bilik yang berhawa dingin, dilengkapi dengan siaran TV Astro, kemudahan menyediakan kopi/teh, panggilan telefon dan peti penyejuk bersaiz mini.
Jadual pendaftaran bagi penginapan masuk atau keluar :-
Check In - 1.00 petang
Check Out - 12.00 tengah hari
Jenis Bilik
| Bil | Jenis | Katil | Harga |
| 1 | Standard | Kembar | RM 100.00 |
| 2 | Deluxe | Queen | RM 120.00 |
| 3 | VIP | King | RM 140.00 |
| 4 | Famili | King + Single | RM 130.00 |
'The Hill'
Berkonsepkan moden dan santai
- Lokasi di atas bukit (Pemandangan waktu pagi dan senja yang amat menarik)
- Menyajikan makanan 'Western' dan 'Oriental Cuisine'
- Pekerja yang mesra pelanggan
- Amat menitikberatkan soal kualiti makanan
- Penyediaan makanan yang bersih
Beroperasi:
7.00 pagi hingga 12 malam
Tidak termasuk cuti AM.