button
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile.
qrcode
Hubungi Kami : Soalan Lazim : Pautan : Bantuan : Peta Laman : Maklumbalas
 
Jurnal kandungan
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012 10:18 AM
Jurnal kandungan

LA21  ialah   suatu   program   untuk  masyarakat,   sektor  swasta dan PBT (majlis,  bandaraya,  majlis   perbandaran, perbandaran,  majlis-majlis    daerah,     majlis    bandaran, lembaga bandaran, majlis tempatan, lembaga luar bandar) bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mapan.

Melalui  LA21  masyarakat   tempatan   boleh  melibatkan  diri      untuk    mengenalpasti      dan     mengkaji   isu-isu pembangunan mapan, membentuk  pelan  tindakan   untuk menangani   isu-isu   tersebut   dan   melaksanakan   pelan tindakan itu.

Pendekatan asas program ini ialah pendekatan bottom-up,  atau  dari  akar  umbi  ke  atas. Ini bermakna,  penduduk-penduduk     tempatan     sendiri     akan     terlibat   dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing. Sebagai  contoh,   penduduk   tempatan  terlibat   secara langsung mengenai perbincangan, bengkel   atau   aktiviti  berkaitan dengan isu-isu tempatan.

Antara contoh isu yang boleh dibangkitkan adalah seperti  isu  banjir  dan  sistem  perparitan, isu  pencemaran  alam  sekitar, isu pengangkutan  dan  lalulintas,  isu  perumahan  dan isu sosial dalam komuniti serta isu-isu lain. 

BIDANG TUGAS  JAWATANKUASA INDUK AGENDA TEMPATAN 21 MAJLIS PERBANDARAN KULIM

  • Merancang program dan aktiviti berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim.
  • Memantau perjalanan program dan aktiviti berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim.
  • Melaporkan program dan aktiviti berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim kepada Majlis Penuh.
  • Merancang dan mengatur Program Tahunan berkaitan dengan Program LA 21 Majlis Perbandaran Kulim.
     

EMPAT TEMA UTAMA :

  1. “Save The Nature For Future Generation”
  2. “Neighbourhood Watch”
  3. “Healthy Living”
  4. “Caring Society”

KEDUDUKAN ZON-ZON MPKK , AHLI MAJLIS & PEGAWAI PENYELARAS KAWASAN (AREA OFFICER)

Pada awal tahun 2010, MPKK telah menyusun semula perjalanan dan peranan pegawai kawasan supaya ianya dapat di intergrasikan dengan  Program LA21.

PERANAN PEGAWAI KAWASAN (AREA OFFICER)

  • Sebagai  ‘Laison Officer‘ atau pegawai perhubungan di antara majlis dengan masyarakat (JKP) dan berkejar rapat dengan Ahli  Majlis.
  • Menyelaras Program LA21 dan juga Program Kemasarakatan yang lain.
  • Mendengar  dan peka terhadap permasalahan  dan  aduan masyarakat.
  • Menyelaras dan menghadiri Majlis Dialog dan mesyuarat  JKP.
  • Memantau kerosakan kemudahan awam / infrastruktur dan melaporkannya dalam mesyuarat Majlis.
  • Memberikan     perkhidmatan / penyampaian /  penerangan kepada masyarakat  setempat

Senarai  “Area Officer” dan Ahli Majlis beserta Zon yang dipertanggungjawabkan – Sesi 2010 hingga 2011

Bil Nama Ahli Majlis Zon Area Officer No. Telefon Pegawai
1 En Othman Bin Don 01 (Kawasan Ayer Merah & Pekan Junjung) Hamdan Bin Zarkasi(Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran) 012-6097790
2 Tuan Haji Arifin Bin Abd Rahman 02 (Kawasan Taman Besatu, Jati & Meranti) Mohd Firdaus Bin Ahmad ( Pembantu Teknik Awam) 012-4035954
3 En Sandrasekharan A/L Vellasamy 03 (Kawasan Paya Besar & Pekan Sg. Seluang) Ramli Bin Md. Nor (Jurutera) 012-5382373
4 Encik Teh Teik Seng 04 (Kawasan Pekan Karangan & Pekan Mahang) Rozita Binti Awang (Pembantu Teknik Landskap) 016-4430408
5 En Vickraman A/L Jaya Raman 05 (Kawasan Bandar Kulim Ke Kilang Lama) Mohd. Zaidi Bin Zainon (Penolong Pegawai Tadbir Penguatkuasaan) 019-4455115
6 Pn. Norhayati Bt. Hashim 06 (Pekan Padang Serai & Mukim Naga Lilit) Siti Fatimah Binti Mohamad Akhir (Pegawai Undang-undang) 019-5106020
7 Encik Khairul Nizam B. Mohd Razali 07(Pekan Kilang Lama & Kawasan Perusahaan Kulim) Ahmad Sobri Bin Haron 019-4201955
8 Cik Roslijah Binti S. Syed 08 (J. Tunku Bendahara, Sungai Ular & Terap) Hamzah Bin Ab. Halim (Pegawai Perancang Bandar & Desa) 019-4529090
9 Encik Mohd. Nizam B. Baharuddin 09 (Kawasan Pekan Labu Besar & Mukim Bagan Sena) Hamzah Bin Ab. Halim (Pegawai Perancang Bandar & Desa) 019-4529090
10 Encik Neelamekan Selamutu 10 (Kawasan Mukim Sidam Kanan & Pekan Sg. Karangan) Mahadzir Bin Hanafi (Pegawai Korporat Komuniasi) 013-4287885
11 Encik Sazali B. Sudin 11(Mukim Pdg. Cina & Tmn. Mutiara & Pekan Sg. Kob) Hamzah Bin Ab. Halim (Pegawai Perancang Bandar & Desa) 019-4529090
12 En Sulaiman Bin Ibrahim 12(Kawasan Taman Kenari, Kota Kenari & Tmn. Bestari) Halimin Bin Lahaming (Penolong Pegawai Tadbir) 012-4643594
13 En Alwee Bin Nordin 13 Kawasan Pekan Lunas & Taman Makmur) Ahmad Shakir Bin Arus (Pen. Peg. Kesihatan Persekitaran Kanan) 013-4884864
14 Encik Lai Kah Toong 14 (Sebahagian Kaw. Paya Besar & KHTP Fasa 3) Puan Mazlina Binti Wahab (Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran) 012-5378913
15 Tuan Hj Mohd. Pauzi B. Md. Tahir 15 (Kawasan Tmn. Selasih & Mukim Keladi) Nazri Bin Harun (Arkitek) 019-4734559
16 Encik Mohamad. Nabil B. Puteh 16 (Kaw. Pdg. Meha, Desa Aman & P.Merbau Pulas) Shahizan Bin Abdul Razak (Penolong Akauntan) 012-4786422

Contoh-contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan di bawah PROGRAM LA21

Alam sekitar:
Kitar semula, gotong-royong kebersihan, kempen mengurangkan pembaziran sumber, pertandingan kebersihan di kawasan-kawasan kejiranan dan pertandingan melukis yang bertemakan alam sekitar untuk peringkat kanak-kanak sekolah.

Sosial:
Integrasi sosial dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan bagi menggalakkan dan mengeratkan hubungan sosial seperti sukan rakyat, motivasi pelajar, pengawasan kejiranan (neighbourhood watch), program Kenalilah Jiran Anda dan lain-lain aktiviti yang turut meliputi aspk keselamatan seperti program Kesedaran dan Pencegahan Jenayah.

Ekonomi:
Menggalakkan aktiviti ekonomi yang boleh menyumbang kepada proses kesedaran terhadap alam sekitar seperti penghasilan produk-produk environmental friendly, terlibat dengan lebih kerap dalam kegiatan menaja aktiviti-aktiviti alam sekitar dan sosial bagi membentuk imej korporat yang bertanggungjawab. Penjualan bahan-bahan untuk Program Kitar Semula misalnya bukan sahaja boleh memelihara alam sekitar malah boleh memberi sedikit pulangan ekonomi.

Senarai Jawatankuasa penduduk yang terlibat dengan Program LA21

 

1. JKP Taman Orkid 41. JKP Taman Putra
2. JKP Taman Melor 42. JKP Taman Sentosa
3. JKP Taman Melor Indah 43. JKP Taman Senangin
4. JKP Taman Desa Impian 44. JKP Taman Ehsan
5. JKP Taman Kemunting 45. JKP Taman Tiram
6. JKP Taman Anggerik 46. JKP Taman Tiram Indah
7. JKP Taman Seroja 47. JKP Taman Lobak
8. JKP Kg. Ayer Merah 48. JKP Taman Lobak Indah
9. JKP Taman Bersatu 49. JKP Taman Kobis
10. JKP Taman Meranti 50. JKP Taman Seri Kobis
11. JKP Taman Jati 51. JKP Taman Cili
12. JKP Taman Kempas 52. JKP Taman Bendi
13. JKP Taman Kempas Merah 53. JKP Taman Pandan Indah
14. JKP Taman Seri Petaling 54. JKP Taman PKNK
15. JKP Taman Keranji 55. JKP Taman Nilam/Baiuri
16. JKP Taman Keranji Indah 56. JKP Taman Perak/Emas
17. JKP Taman Beringin 57. JKP Taman Seluang
18. JKP Taman Jelutung 58. JKP Taman Berlian
19. JKP Taman Kucai 59. JKP Taman Harmoni
20. JKP Taman Saderi 60. JKP Taman Delima
21. JKP Taman Kangkong 61. JKP Taman Bukit Awi
22. JKP Taman Bayam 62. JKP Taman Seri Mahkota Fasa 1
23. JKP Taman Bayam Indah 63. JKP Kg. Darul Aman
24. JKP Taman Cekur Manis 64. JKP Kg. Baru Bukit Besar
25. JKP Taman Seri Limau 65. JKP Kg. Sungai Ular
26. JKP Taman Pudina 66. JKP Taman Sena
27. JKP Taman Makmur Indah II 67. JKP Taman Serai Setia
28. JKP Taman Aman 68. JKP Taman Kenangan
29. JKP Taman Makmur 69. JKP Taman Damai
30. JKP Taman Mahsuri Fasa1 70. JKP Taman Serai Wangi I
31. JKP Taman Mahsuri Fasa2 71. JKP Taman Mutiara Fasa 1
32. JKP Taman Lagenda Fasa 1 72. JKP Taman Mutiara Fasa 2
33. JKP Taman Lagenda Fasa 2 73. JKP Taman Mutiara Fasa 3
34. JKP Taman Ria 74. JKP Taman Sungai Kob
35. JKP Taman Melur 75. JKP Taman Sepilai
36. JKP Taman Melur Indah 76. JKP Kg. Sungai Kob
37. JKP Taman Serai Ria 77. JKP Kg. Batu Puteh
38. JKP Taman Bunga Raya 78. JKP Kg. Padang Limau
39. JKP Taman Kejora 79. JKP Kg. Baru Sg. Kob
40. JKP Taman Haruan 80. JKP Kg. Padang Cina

Bagaimana hendak terlibat dengan LA21?

  1. Hubungilah Unit Local Agenda 21 Majlis Perbandaran Kulim. (Tel : 04- 4906522 dan 04-4907526).
  2. Sertailah penubuhan yang terlibat dengan program-program alam sekitar dan aktiviti-aktiviti sosial dalam kawasan anda.
  3. Didiklah anak-anak anda supaya lebih menyayangi dan peka terhadap alam sekitar.

Transformasi Minda  Warga Kulim melalui pendekatan Program Agenda Tempatan 21 (LA 21) MPKK.

Kesepakatan warga Kulim dalam mewujudkan Kulim Sejahtera berpaksikan kepada prinsip bersama dalam segala hal yang memberikan kebaikan kepada semua samada kepada Manusia dan juga alam sekeliling. Prinsip ini selaras dengan Firman Allah :
“Hendaklah kamu tolong-menolong dalam soal kebaikan dan ketaatan dan janganlah kamu tolong-menolong dalam urusan kejahatan” (Surah Al-maidah 5 : 2)

  • Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
  • Portal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
  • Portal Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  • Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia
  • Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Kedah
  • MSC Malaysia
  • MY ID
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Talent Corp Malaysia
  • KSN
  • myhealth

 

Sila Pilih Warna Anda : Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Capaian Pengguna Kurang Upaya | Sila Pilih Teks Anda : Font Minus Font Reset Font Plus | Latar Belakang Pilihan Anda : Blue Scheme Red Scheme Green Scheme Default Scheme