Pasar Harian/Pagi Daerah Kulim
Disediakan oleh : Jabatan Pelesenan
Para peniaga kecil, Penternak, Peladang, Nelayan boleh memasarkan hasil mereka di Pasar Harian/Pagi di Daerah Kulim. Peluang perniagaan kecil juga dapat diperkembangkan dengan berniaga di Pasar Harian/Pagi ini.
Selaras dengan nama Pasar Harian maka, aktiviti ini berlangsung pada setiap hari di lokasi yang berbeza. Para penduduk setempat tidak perlu bergantung harap pada Pasar Malam, Pasar Tani sahaja untuk mendapatkan sayur-sayuran , buah-buahan yang segar. Pasar Harian/Pagi ini hanya berlangsung di sebelah pagi sahaja.
Saranan pihak Majlis Perbandaran Kulim kepada pengunjung, marilah bersama kita membantu peniaga-peniaga kecil tempatan kita.
JADUAL PASAR HARIAN DAERAH KULIM MENGIKUT LOKASI
| HARI | LOKASI |
Ahad Hingga Sabtu | Kulim (Market kulim) Lunas (Market Lunas) Padang Serai Pasar Lembah Impiana Market Padang Serai Taman Selasih (market) |