Sewaan Padang

Syarat-syarat sewaan padang
- Bayaran cagaran dan sewaan hendaklah dibayar sebelum penggunaan padang.
- Memastikan keselamatan harta benda/peralatan serta kelengkapan yang terdapat di dalam padang dan kawasan sekitarnya.
- Memastikan kebersihan padang dan kawasan sekitarnya pada setiap masa terutama selepas penggunaan padang.
- Memastikan tiada sebarang gangguan kepada masyarakat setempat.
- Pemohon adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam soal keselamatan semasa & selepas acara dijalankan terhadap sebarang tingkah laku orang awam/pengguna.
- Pihak majlis berhak membuat pembatalan @ perubahan tarikh terhadap sebarang permohonan/penyewaan terutamanya untuk aktiviti-aktiviti yang lebih diberi keutamaan dan pihak majlis tidak terikat untuk mengganti mana-mana dewan lain sebagai ganti.
- Pihak majlis berhak mengambil sebarang tindakan terhadap penyewa sama ada memotong wang cagaran @ lain-lain tindakan, sekiranya terdapat mana-mana syarat yang tidak dipatuhi.
- Selepas tarikh penggunaan padang dan kebersihan sempurna, pemohon perlu datang ke unit gerai untuk menuntut kembali cagaran dengan mengemukakan resit asal cagaran dan salinan kad pengenalan pemohon.
Nama Padang | Kadar Sewaan |
Padang A | RM30 |
Padang B | RM60 |
Bola Jaring | RM10 |
* Kadar sewaan di atas adalah untuk satu sesi sahaja (2 Jam)
* Keseluruhan Padang :-
- Cagaran Kebersihan : RM150
- Sewa : RM300
(Tempoh penggunaan dari pagi hingga ke petang, 8 pagi – 7 petang
<< Kembali