button
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian mobile.
qrcode
Hubungi Kami : Soalan Lazim : Pautan : Bantuan : Peta Laman : Maklumbalas
 
Jurnal kandungan
Tarikh Kemaskini v4.3
Tarikh Kemaskini : 18 Mei 2012 10:18 AM
Jurnal kandungan

PERUTUSAN TUAN YANG DIPERTUA.

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah, Saya berbangga kerana diberi peluang untuk mentadbir MPKK sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1997 hingga 2003 selaku Setiausaha (Majlis Daerah Kulim), dan pada tahun 2011 selaku Yang Dipertua (Majlis Perbandaran Kulim). Dibandingkan dengan Kulim dahulu dan sekarang perubahan yang amat ketara dari sudut kepesatan pembangunan, infrastruktur, pentadbiran dan tentu sekali perkhidmatan.

Majlis Perbandaran Kulim adalah Pihak Berkuasa Tempatan yang ditubuhkan sejak tahun 1976 sebagai Penguatkuasaan AKta Kerajaan Tempatan, dan melalui beberapa proses melalui variasi pentadbiran Majlis Daerah Kulim (1978)dan telah diisytiharkan sebagai Majlis Perbandaran Kulim pada 1 Ogos 2001.

Keluasan Daerah Kulim adalah 76,575.89 hektar dan ditadbir oleh dua pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Kulim (75,091 hektar) dan Pihak Berkuasa Tempatan Kulim Hi-Tech Park ( 14.48 hektar). Populasi penduduk Kulim telah meningkat dari masa ke semasa mengikut unjuran Ringkasan Eksekutif Kulim 2020 - Rancangan Kerajaan Tempatan Daerah Kulim 2004-2020 adalah seramai 251672 orang.

Dengan kadar pertumbuhan penduduk yang tinggi, maka MPKK harus peka dengan perkhidmatan sebagai sebuah Pihak Berkuasa tempatan yang bertaraf Perbandaran. Sejajar dengan objektif MPKK dalam mewujudkan pembangunan yang terancang, teratur dan mampan, menyediakan kemudahan asas dan prasarana bandar yang lengkap dan berkualiti, mewujudkan persekitaran bandar yang bersih, indah dan selamat, mewujudkan persekitaran bandar yang kondusif bagi menggalakkan pertumbuhan industri, perdagangan, perniagaan dan pelancongan dan mewujudkan masyarakat bandar yang maju, bersatu dan bermaklumat. Peranan MPKK kini diperluaskan termasuk mempromosikan tempat-tempat menarik di Kulim untuk dijadikan tempat rekreasi pelancongan dan sebagai bandar industri yang berteknologi tinggi.

Portal MPKK, ia diwujudkan untuk memberi informasi secara maya kepada pelayar-pelayar diseluruh pelusuk dunia dan penduduk setempat khususnya. Portal MPKK kini berusia 13 tahun yang mana dahulunya dikenali sebagai Laman Web dan telah dinaiktaraf ke Portal pada tahun 2011. Dengan bercirikan web interaktif, ia juga mesra pengguna. Boleh berinteraksi terus secara atas talian contohnya seperti, E-aduan, OSC online, ruangan maklumbalas, emel rasmi MPKK banyak lagi perkhidmatan secara atas talian telah diperkenalkan di Portal MPKK.

Selain Portal, MPKK juga menyediakan laman sosial Facebook yang telah beroperasi sejak tahun 2011. Pelbagai aktiviti telah dimuatnaik ke laman tersebut. Kepada penduduk Kulim khususnya, semua rakaman aktiviti MPKK bersama penduduk boleh didapati di laman sosial ini.


Akhir kata, selaras dengan tagline, Kulim Sejahtera - Bersih, Indah, Maju dan Selamat , Saya menyeru kepada semua anggota MPKK agar menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dalam melaksanakan tugas. Harapan saya juga, agar Portal MPKK menjadi peneraju saluran informasi maya yang terbaik antara barisan Portal dunia khususnya Malaysia.


(Haji Mohd Zohdi bin Haji Saad. AMK.BCK)
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kulim

  • Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
  • Portal Rasmi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
  • Portal Rasmi Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan
  • Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
  • Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia
  • Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Kedah
  • MSC Malaysia
  • MY ID
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Portal Biro Pengaduan Awam Malaysia
  • Talent Corp Malaysia
  • KSN
  • myhealth

 

Sila Pilih Warna Anda : Reset Scheme Blue Scheme Hivic Scheme Soft Scheme Capaian Pengguna Kurang Upaya | Sila Pilih Teks Anda : Font Minus Font Reset Font Plus | Latar Belakang Pilihan Anda : Blue Scheme Red Scheme Green Scheme Default Scheme