Sungai sedim yang berarus deras dan berjeram serta mempunyai ekosistem hutan adalah tempat yang sesuai untuk aktiviti riadah lasak.Program aktiviti utama yang boleh di lakukan adalah berkayak atau berakit di arus deras(White Water Rafting) di sepanjang 15 kilometer. Destinasi ini merupakan antara 5 destinasi terbaik di Malaysia bagi kegiatan berkenaan.Berkelah,mandi-manda,berenang dan perkhemahan di kawasan yang di khaskan turut menjadi keutamaan di destinasi ini di samping penganjuran kursus atau bengkel kecemerlangan diri dan berkumpulan.Destinasi ini di kenali sebagai Tapak Perkhemahan di Raja Kedah. Kedudukan destinasi ini terletak di sempadan antara Daerah Kulim dan Baling.
Sila Pilih Warna Anda : |
Sila Pilih Teks Anda : |
Latar Belakang Pilihan Anda :