Pilih Saiz Tulisan: Pilih Warna Tulisan:
Bahasa Malaysia | English Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman

 

/image/image_gallery?uuid=e117ad1b-9864-4af7-9aab-2df9304bb383&groupId=10131&t=1228118159912



Perutusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim



 Dari meja Yang Dipertua
 
Selamat Datang ke Portal Majlis Perbandaran Kulim dan harapan saya melalui laman info ini diharapkan semua perkara yang direncanakan dapat memberi sedikit sebanyak informasi. Pihak MPKK berusaha dalam memperbaiki mutu perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan serta meningkatkan taraf hidup rakyat. Sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan kami agar dapat melaksanakan pendekatan serta kaedah penambahbaikan bersesuaian dengan keadaan setempat di samping menjalankan tanggungjawab asas sebagai Pihak Berkuasa Tempatan untuk memastikan sentiasa bersih, indah, selamat dan tersusun.

Selain itu pemberian perkhidmatan melalui Penggunaan teknologi ICT juga adalah sebagai satu usaha meningkatkan perkhidmatan perlu ditekankan bagi memastikan ia tidak ketinggalan dalam arus pembangunan. Memberi tumpuan kepada usaha memastikan kejayaan berterusan bagi pembangunan ICT dan sumbangannya ke arah menjadikan Kulim sebagai destinasi menarik untuk pelaburan berasaskan ICT melalui pelan hala tuju strategik. Melalui penggunaan ICT sistem pemberian perkhidmatan sesebuah organisasi mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik di mana sesuatu arahan dan tindakan dapat dilaksanakan dan dipantau dengan cepat dan cekap.
Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan juga maklumat untuk dikemukakan kepada MPKK melalui email info@mpkk.gov.my bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan MPKK dimana merancang memanfaatkan ICT bagi memodenkan industri sediada serta sumber baru kekayaan dan menjana tenaga kerja mahir. Harapan saya, agar potal ini akan terus mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.

En Harun Bin Jasin, ,AMK, BCK
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kulim

 





PERKHIDMATAN KAMI

 

       [ Senarai Perkhidmatan ]

       [ e-Perkhidmatan ]

KALENDAR
06 September 2010
I S R K J S A
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa
PAUTAN STAFF

  

           [ Pautan ke Webmel ]

           [ Maklumat Pekerja ]



MY ID